Monday 19 November 2012

perjalan hidupku sebagai pelajar diploma pengurusan ladang

Hai semua..hehehe..
Kali ni aku(ain budak ladang) nak cerita pasal kisah hidup aku di uitm dan ofcoz ladang uitm (sem3)..hehehe..tak ada lah banyak sangat pun nak diceritakan..

first of all aku nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan2 seperjuangan sebab dah mencorakkan kebahagiaan dalam hidup aku selama aku berada di uitm.
I LOVE U ALL... :)
Kepada pensyarah yang mengajar aku sem ni, terima kasih banyak sebab dah ajar aku macam2..
I LOVE U ALL..

MY ROOM-MATE
1st aku nak cerita pasal room-mate aku.. kali ni aku sebilik dengan budak part 2. Aku tak pernah kenal dia sebelum ni. So aku rasa kekok sikit la dengan dia. Tapi lama-kelamaan aku dah boleh biasakan diri. Disebabkan dia jenis yang pediam, so kiteorg tak banyak sangat becakap or borak2.

KELAS/KULIAH
2nd aku nak cerita pasal kehidupan aku di kelas. sem ni kitaorg study  INTRODUCTION TO ECONOMICS OF AGRICULTURAL PRODUCTION, INTRODUCTION TO SOIL SCIENCE, MAJOR CROPS PRODUCTION, ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES,dan SCIENCE AND TECHNOLOGY IN ISLAM. Selain daripada ni semua,kiteorg ada latihan praktikal ladang (lepas ni aku cerita) dan kesatria negara. Sepatutnya ada subjk akaunt.. Tapi aku dah ambik saubjek ni time intersesi (cuti sem 2)..


 ni antara gelagat rakan2 sekelas aku.

LATIHAN PRAKTIKAL LADANG
sem ni kiteorg diberi tugas untuk menanam buah tembikai (dalam bahasa sarawak dipanggil semangka). Setiap hari jumaat, seawal jam 7.30 (kelas biasa paling awal start pukul 8) kami akan berkumpul dan akan menyanyikan lagu negaraku dan lagu ibu pertiwiku (lagu kebangsaan negeri sarawak) diikuti dengan bacaan doa.

Minggu pertama (15.06.12)
Pada minggu pertama seperti biasa kami akan berkumpul utk menyanyikan negaraku dan ibu periwiku seterusnya bacaan doa. Acara yang paling ditunggu-tunggu adalah sesi pengenalan bagi pelajar sem 1 dan pelajar dari kampus mukah yang berpindah ke tempat kami. Kali ni pengambilan pelajar baru agak ramai. So lenguh jugaklah nak menunggu diaorg nak kenalkan diri.

salah seorang pelajar part 1
 pelajar part 3(kelas aku) dari uitm mukah


 pelajar part 4 dari uitm mukah

Lepas sesi pengenalan diri, pensyarah memberi sedikit nasihat kepada kami..Nasihatnya adalah "belajar bersungguh-sungguh"..hehehehe

Selepas bersurai kami mula membuat kerja masing2..1st skali kami kene buat batas untuk menanam anak pokok tembikai nanti..cara buat batas sanagat mudah tapi sedikit memenatkan. caranya adalah menggeburkan tanah menggunakan cangkul dalam 1 garisan yang lurus. Ukuran panjang batas terpulang kepada individu. 2nd kiteorg taburkan tanah dengan kapur. Tujuan menabur kapur adalah untuk mengimbangi pH tanah. disebabkan tanah tempat kiteorg nak tanam tembikai ni dah selalu sangat diguna, so tanah ni tinggi kandungan acid, sebab tu lah kena tambahkan kapur. Lepas tabur kapur,kiteorg taburkan baja organik pulak.. Tujuannya untuk menyuburkan tanah. Seteruskan kita gaul tanah dengan  cara menggemburkannya sekali lagi supaya kapur dan baja organik tadi sebati didalam tanah. Setelah digaul, kita siram kesemua batas supaya tanah menjadi lembap. Seterusnya ditutup menggunakan plastik khas untuk mengekalkan kelembapan tanah.


 menggemburkan tanah (zaki)
kapur

 menabur baja orhanik (amirul)
 menyiram batas. (izi)
menutup batas dengan plastik khas.

Tugas kami tidak selesai disini sahaja untuk hari ini. Setelah kerja menyediakan batas selesai, kami perlu ke nursery pula untuk memanam anak benih tembikai.

Minggu 2 (22.6.12)
Minggu ni tugas kami adalah untuk menindahkan anak pokok tembikai yang telah bercambah ke batas. Sebelum di pindahkan, kami perlu membuat lubang pada plastik penutup batas. Cara nya adalah dengan menggunting plastik tersebut dan di jarakkan sekitar 4 jengkal bagi setiap lubang. Setelah selesai memindahkah anak pokok, kerja 'mulching' pula di lakukan. Caranya adalah dgn menutup permukaan tanah dgn rumpu,daun2 dan byk lagi bahan yg boleh digunakan. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kelembapan tanah dan mengelak anak pokok mati akibat kejutan budaya yang diterima di tempat baru..

 anak pokok di pindahkan

anak pokok yang belum dipindahkan.(hafiz n zaki)
 mulching (hafiz)

Minggu2 seterusnya.
Tak banyak aktiviti yang kami lakukan sementara menunggu anak pokok membesar dan menghasilkan buah. Kami cuma melakukan aktiviti 'maintenance' seperti mencabut rumput yang tumbuh di atas dan sekitar batas kami dan menyembur racun siput untuk mengelak tumbuhan kami diserang siput.


 menyembur racun siput

Tembikai dah mula mebuahkan hasil 
Pada minggu ke-9 (10.08.12) tembikai yang kami tanam mengeluarkan hasil. Walaupun masih kecil tapi kami sangat gembira dan berpuas hati dengan hasil titik peluh kami. segala penat lelah kami selama ini terbayar juga akhirnya.

   
Tembikai untuk dijual
Pada minggu ke-10, setelah cuti  raya.. Buah tembikai kami sudah sedia untuk dijual.