Sunday 22 January 2012

karangan lawak

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat
suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu
dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu
saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan
sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi
saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah
saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer
kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak
sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari
arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia
menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak
saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.
Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah
feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu
feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire
pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori
itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak
saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri
yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri
semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori
sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia
menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan
kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.
Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik
ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang
putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun
sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri
itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang
telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia
menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan
semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih
ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu
kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran
yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya
terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di
rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah
saya lihat sebelum saya mati..

Tuesday 17 January 2012

30 RAHSIA WANITA YANG HARUS LELAKI KETAHUI


1.  Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.  Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur    dengan ucapan maaf.

3.  Wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (karana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus       di tengah jalan).

4.  Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang dengan lelaki lain.

5.  Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.  Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.  Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan kasar karena ada satu semangat dalam diri        wanita yang kamu tak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan        melakukan apa saja.

8.  Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9.  Wanita suka mencurahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka mecurahkan isi hati mereka.

10.  Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tak berguna.

11.  Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.  Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kegembiraan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13.  Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan kepada wanita.

14.  Jika kamu menyukai sorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.  Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.

16.  Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.  Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.  Setelah sorang gadis jatuh cinta, dia akan selalu tertanya-tanya mengapa aku tak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.  Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati sorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.  Bila setiap kali melihat gambar beramai-ramai,yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulahndirinya sendiri.

21.  Bekas kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa di hatinya!!

22.  Satu ucapan ‘Hi’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.  Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.  Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata - mata           untuk mengurat kawan mereka yang paling cantik.

25.  Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.  Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang mencintainya dengan sepenuh hati..

27.  Senjata wanita adalah airmata!!

28.  Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi kejutan untuknya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantis). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.  Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat padanya dan baik               terhadapnya. Jadi, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah..

30.  Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia nak hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa... :)








Tuesday 10 January 2012

MUHASABAH CINTA

*buat peringatan diri yang sering terlupa

Jauh kurenung masa silamku
Kembara kehidupan yang amat panjang..

Indahnya penciptaanku
Suci dari noda
Seribu satu nikmat engkau kurniakan kepadaku
Kasih suci Bonda
Kasih tulus ayah…

Namun…
Entah mengapa
Terlalu sedikit aku bersyukur
Ku kehilangan cintaMu…

Saat kegelapan jahiliah membelenggu diri
Aku tersungkur
Aku lemas lalu karam
Aku hanyut
Asyik dengan cinta manusia…

Lakaran jahiliah terus menghantui
Aku lupa siapa diriku
Namun kuingin terangi hidupku
Aku ingin pulang…

Kuatkan aku Tuhan
Jangan putuskan aku dengan Rahmat-Mu
Jika mati takdirku
Kuingai bertemu penciptaku..

Tangisan ini
Mengheretku ke masa lampau
Aku semakin tengelam dengan keseronokan duniawi…

Sampai bilakah aku harus berterusan begini???

Apakah aku tidak belajar dari sejarah silam???

Bawalah aku kembali ke sisi-Mu Ya Rabb
Kulupa tujuan ciptaanku
Terimalah Muhasabah cintaku ini ya Allah
Tatkala hatiku luluh mendengar AYAT CINTAMU..

Selagi kupunya waktu…
Sinarkan aku dengan NurMu Ya Ilahi…
Sebelum nafas akhir terhembus…