Tuesday 25 October 2011

THIS IS ME!!


Bila semua rakan-rakanku menyanyi, aku hanya dapat diam. Aku tidak pernah tahu  bagaimana mengatakan pada dunia bertapa aku sangat ingin menjagi seperti mereka, dapat mendengar dan menyanyi seperti kehidupan normal.
Sayangnya aku dilahirkan dengan keadaan pekak, lebih sadisnya  mereka tidak pernah memahami perasaanku.
Tapi aku tidak pernah merasa ingin membalas semuanya, kerana aku sedar inilah hidupku dan inilah takdirku.
 Di depan pagar sekolahku tertulis satu pengumuman pembentukan kumpulan muzik sekolah, aku ingin turut serta dalam kumpulan itu tapi sayangnya aku hanya dapat meratapi nasibku. Aku pun pulang untuk berjumpa dengan ayah, aku terduduk dengan wajah penuh kesedihan,
Dalam duniaku, hanya ayah yang dapat memahami apa yang aku katakan. Walaupun perlu menggunakan bahasa tangan yang dia pelajari dengan susah payah.
Aku mengetuk pintu untuk memberi isyarat bahawa aku ada di dalam bilik untuk bercakap dengan ayah, dia melihatku dan melemparkan senyuman.
“ Qahirah, jom masuk. Silakan duduk disini nak, ada apa? Bagaimana pelajaran Qahirah di sekolah hari ni?”
Aku tertunduk, tetapi ayah dapat membaca wajahku.
“ Apa yang terjadi nak, ceritakan pada ayah?”
“ Ayah mengapa Qahirah berbeza daripada rakan-rakan yang lain?”
“ Dalam hal?” tanya ayah padaku,
Aku menangis dan usiaku waktu itu baru 12 tahun.
“ Qahirah tidak dapat menyanyi, tidak dapat mendengar.. Mengapa ayah?”
Ayah melihatku sambil tersenyum,
“ Adakah Qahirah merasa sedih kerana itu?”
“ Ya, Qahirah sangat sedih.. Qahirah ingin seperti mereka.. dapat menyanyi dan mendengarkan indahnya muzik..”
“ Mengapa Qahirah ingin menjadi seperti mereka?”
“ Kerana Qahirah ingin menyertai kumpulan musik sekolah.”
“ Kalau begitu lakukanlah..”
Aku terdiam tidak dapat membalas pertanyaan ayah. Kemudian dia berdiri dan mengajakku ke stor di belakang rumahku. Dia mula membersihkan debu-debu di sebuah meja panjang yang tadinya aku fikir adalah meja makan. Ternyata itu adalah piano klasik. Aku memperhatikanya dengan hairan,
“ Ini adalah peninggalan ibu Qahirah sebelum dia meninggal setelah melahirkan Qahirah, ayah tidak pernah mendengarkan bunyinya sejak Qahirah dilahirkan..”
“ jadi?” tanyaku.
“ Qahirah mungkin dilahirkan tanpa dapat mendengar dan menyanyi. Tapi Qahirah dilahirkan dari rahim seorang ibu yang berjuang agar Qahirah ada di dunia ini dan ayah percaya, Allah memberikan Qahirah peluang hidup kerana Qahirah memang layak untuk itu.”
“ Tapi Qahirah cacat, tidak normal dan tidak akan pernah dapat mendengar muzik. Bagaimana caranya Qahirah  dapat  menjadi seperti rakan-rakan Qahirah?”
“ Sayang, Qahirah memang tidak dapat mendengar muzik, tapi Qahirah dapat memainkan muzik.”
“ Bagaimana caranya?”
“ Ayah ada disini untuk Qahirah dan percayalah, muzik itu akan terasa lebih indah bila Qahirah merasakannya dari hati Qahirah. “
“ Walaupun Qahirah tidak dapat mendengar?..”
Ayah duduk dikerusi dan menyuruhku memperhatikannya bermain piano, dia menutup matanya lalu memainkan piano itu.
“ Qahirah, rasakanlah muzik itu dalam hati dan Qahirah akan tahu bertapa Allah sangat mencintai setiap mahluk yang Dia ciptakan. Walaupun Qahirah dilahirkan dengan keadaan cacat dan tidak dapat mendengar bunyi muzik itu dari telinga Qahirah.. Qahirah dapat dengarkannya melalui hati Qahirah..”
Ayah mengajakku untuk menyentuh setiap toth piano dan kami bermain bersama, aku memang tidak dapat mendengar bunyi muzik itu tapi aku dapat merasakan nada dari jari yang menekan setiap toth dan itu membuatkan aku bersemangat untuk berlatih piano klasik, aku tahu ibuku adalah seorang pemain piano sebelum dia meninggal semasa melahirkanku. Aku pun berjuang untuk bermain muzik dan perlahan aku mampu membuat sedikit alunan muzik yang indah. Semua itu kurasakan dalam hatiku, semua itu kurasakan dalam jiwaku.
Beberapa minggu kemudian, aku mula berani mendaftarkan diri dalam kumpulan muzik sekolahku dan guruku menerimaku walaupun dia tahu aku cacat. Aku tahu semua orang melihatku dengan pelik, seorang pelajar bernama Dania datang padaku.
“ Hai orang cacat, apa yang dapat kau lakukan dengan telinga kau yang tertutup kotoran itu?”
Yang lain tertawa dan menambah kalimat yang melukai hatiku,
“ Dia mungkin mahu menjadi badut dalam kumpulan kita, biarkan sajalah..”
Ejekan itu berakhir sewaktu guruku datang, mereka semua kembali ke posisi mereka masing dalam alat muzik yang mereka kuasai. Guru pembimbing kelas muzik bersikap baik kepadaku, dia memperkenalkanku pada semuanya.
“ Murid-murid mulai dari hari ini Qahirah akan turut serta dalam kumpulan kita, semoga kamu semua dapat berkerjasama dengan Qahirah..”
“ Cikgu, apa yang dapat lakukannya untuk kumpulan kita, dia kan pekak?” ejek Dania.
“ Dania!! saya tidak pernah mengajar kamu untuk menghina orang lain, jaga sikap kamu. Walaupun Qahirah cacat secara fizikal, dia juga mempunyai perasaan, tolong jaga kata-kata kamu.”
Aku gembira guruku membelaku tetapi itu lebih membuatkan semua membenciku, guruku mempersilakan aku memainkan piano. Dengan hati yang berdebar-debar aku dapat bermain dengan baik. Tidak ada satupun tepukkan dari rakan-rakanku, hanya guruku seorang. Ketika kelas bersurai aku menghampiri guruku, aku menuliskan apa yang ingin aku katakan kepadanya, Dia membacanya.
“ Cikgu , saya menarik diri sajalah dari kumpulan ini, saya tidak mungkin dapat menjadi sebahagian daripada mereka. Kerana saya ini cacat. Mereka tidak akan menerima saya.”
“ Tidak sayang, jangan berkata seperti itu, kamu istimewa, kamu berbakat, mereka hanya belum biasa, percayalah kalau kamu  selalu bergaul dengan mereka. Kamu akan diterima dengan suka cita. Jadi saya tidak mahu mendengar kalimat kamu ingin tarik diri..”
“ Tapi cikgu, saya takut kalau saya menjadikan semuanya kacau-bilau.”
“ Anakku, beberapa minggu lagi, sekolah ini akan meraikan hari ulang tahunnya, cikgu percaya kamulah satu-satunya pelajar yang layak mengisi tempat di bahagian piano, kerana kawan kamu Shaza ( pemain piano sebelum ini) telah menarik diri kerana tangannya patah”
Aku pulang ke rumah dan membawa khabar bahawa aku diterima dalam kumpulan muzik sekolah, ayah sangat gembira menunggu saat-saat aku akan berada di atas pentas, dia terus melatih aku bermain piano. Aku tidak pernah menceritakan bahawa aku sangat dibenci oleh rakan-rakan sekumpulanku yang hanya menganggap aku sampah yang tidak layak bersama mereka. Mereka sering memarahi aku dengan kata-kata kesat dan mereka menghinaku sebagai gadis cacat, hal ini berterusan terjadi sewaktu kami berlatih untuk persiapan pementasan sekolah . Mereka tidak pernah mengatakan apa yang aku mainkan itu betul, sebaliknya mereka mengatkannya salah. Sedihnya bila aku bertanya dimana letaknya kesalahanku dan mereka menjawab dengan lebih menyakitkan.
“ Kau tu bisu dan pekak, macam mana kau tahu alunan muzik yang kau mainkan itu betul atau salah? Kau membuatkan aku muak dengan sikap kau yang berlagak pandai dan minta dikasihani di depan cikgu.” Kata Dania kepadaku.
Aku menangis dan terus pulang.Sewaktu aku sampai di pagar rumahku, sebuah ambulan berada di depan rumahku dan membawa ayah. Aku mengejar jururawat yang membawa ayah, ayahku kelihatan seperti sedang tidur, seorang jiranku berkata padaku.
“ Ayah Qahirah terkena serangan jantung. Qahirah ikut makcik sajalah. Kita pergi bersama-sama ke hospital.”
Aku terkejut dan menangis! Bagaimana hidupku tanpa ayah? Sepanjang perjalanan aku ke hospital, aku terus menitiskan air mata. Ayah tidak sedarkan diri sejak sakit jantungnya menyerang, dia memang menghidapi sakit jantung sebelum berkahwin lagi sedangkan usianya masih muda. Tiga hari lamanya aku menemani ayah yang belum sedarkan diri. Tiga hari jugalah aku tidak hadir ke sekolah. Guruku bertanya kepada Dania mengapa aku tidak hadir hari ini?”
“ Mungkin Qahirah sudah tidak sanggup lagi bersatu dengan kumpulan kita, dia tu bodoh cikgu! Selalu melakukan kesalahan dan dia pergi begitu saja semasa berlatih dan tak muncul-muncul lagi sampai sekarang.”
Guruku mencuba pergi ke rumahku, tapi tiada sesiapa pun dirumahku. Aku tahu beberapa hari lagi perayaaan muzik di sekolahku akan dimulakan. Mungkin memang sudah menjadi takdir hidupku, aku tidak dapat menyertai kumpulan muzik sekolah. Sedangkan aku sudah berjuang sedaya upaya berlatih piano di rumah. Tapi aku tidak dapat berbuat apa-apa selain menjaga ayahku kerana dia lebih penting dalam hidupku, dia satu-satunya sahabatku yang dapat memahami keadaanku setelah ibu meninggal dunia.
Ya Allah, jangan ambil ayahku, doaku setiap saat kepadanya
Seminggu kemudian,
Ayah tersedar dan melihat aku disisinya. Dia tidak dapat bercakap banyak, selain bertanya mengapa aku disini, mengapa aku tidak berlatih bersama kumpulan muzik disekolahku, aku membohongi ayah bahawa mereka memberikan aku keizinan menjaga ayah. Ayah marah kepadaku, dia memberitahu bahawa aku perlu segera berlatih dan dia ingin menyaksikan pementasan aku nanti.
“ Jangan pedulikan ayah, yang penting Qahirah perlu membuktikan kepada semua bahawa Qahirah dapat memainkan muzik dan tunjukkan kepada mereka Qahirah seorang gadis yang sempurna ”
Dia berjanji kepadaku akan cepat sembuh asalkan aku terus bersemangat berlatih muzik. Akhirnya aku pun pergi ke sekolah semula dan masuk ke kelas muzik. Guruku menyambutku dengan baik, dan terus memintaku berlatih. Setelah dia keluar, Dania dan kawan-kawannya mendekatiku, mereka menolakku hingga terjatuh.
“ Kau itu mahluk Tuhan paling menjijikan, jangan menjadikan kumpulan kami malu dengan kehadiran kau di kumpulan muzik kami. Tak tahu malu, sedangkan kami sudah menghalau kau..”
Aku terdiam, seorang teman mengatakan pada Dania,
“ Sia-sia. Dia pekak, dia tak dapat mendengar apa yang kita katakan.”
Dania marah kerana aku tidak dapat mendengar semua kemarahannya, Dia dan kawan-kawannya menolakku dan ketika tanganku berusaha membuka pintu, mereka mengapit tanganku tanpa belas kasihan. Aku menjerit kesakitan dan mereka tidak peduli
“ Eh, dia dapat menjerit juga ya..Aku fikir dia ni bisu.. hahaha.”
Mereka menyiksaku dan aku tidak berdaya. Tanganku terasa sangat sakit. Mungkin jariku patah. Aku meminta jiranku untuk membalut luka di tanganku dan dia sangat terkejut dengan keadaanku. Aku memberitahu kepadanya bahawa aku terjatuh di jalan raya. Tapi aku tidak akan pernah menyerah kalah untuk menyertai kumpulan muzik sekolahku. Setibanya ulang tahun sekolah,aku kembali ke sekolah dengan tanganku yang berbalut. Sebelum itu, aku mengatakan kepada ayah .
“ Ayah hari ini Qahirah akan bermain muzik dihadapan semua orang, ayah mesti mendengarnya. “
“ Anakku, ayah akan mendengarkannya. Maaf sekarang ini ayah sedang sakit, ini adalah hari istemewamu. Tapi ayah sudah fikirkan caranya untuk menyaksikan persembahan Qahirah. Ambil telefon bimbit ayah ni dan hubungi ayah semasa kamu memainkan piano nanti.”
“ Baik ayah.” Aku menuruti idea cermerlang ayah.
Sewaktu  aku keluar dari bilik ayah, doktor memberitahu ayah, “ Jantung anda sangat lemah, anda harus berfikiran positif supaya cepat sembuh”
“ Anak saya akan membuat persembahan hari ini, hal ini membuatkan saya cemas”
“ Percayalah , anak anda adalah gadis luar biasa..”
Aku menangis menuju sekolahku.Sewaktu aku tiba di sekolah, Dania dan kawan-kawan melihatku dengan jijik. Mereka tidak mahu aku tampil membuat persembahan bersamaku. Mereka manarik bajuku dan menamparku di belakang pentas.
“ Pergi cepat, kami akan membuat persembahan tanpa kau. Cepat pergi! Sebelum cikgu datang”
Tidak, aku tidak akan menyerah walaupun mereka menyiksaku. Aku sudah berjanji kepada ayah akan bermain piano hari ini. Disebabkan mereka mendapati aku tidak akan menyerah kalah, akhirnya mereka mengancam tidak akan muncul di pentas dan memaksa aku bermain muzik seorang diri, mereka ingin memalukan aku.
“ Baiklah, kami tidak akan muncul di pentas. Dan silakan kau bermain piano seorang diri. Jadilah badut di atas pentas..”
Aku tidak mampu berbuat apa-apa ketika mereka mengikat rambutku seperti orang bodoh,dan mencalit mukaku dengan cat warna merah menyerupai badut. Aku tidak peduli, aku hanya ingin ayah gembira dan menepati janji kepada ayah untuk bermain piano hari ini. Setelah puas mendandankan aku seperti badut mereka pergi menolak aku diatas pentas sewaktu guru yang bertugas menjadi pengacara majlis memanggil kumpulan kami dan aku muncul seorang diri, mereka semua lari dan bersembunyi.
“ Dimana yang lain?” tanya guruku.
Aku terdiam, semua orang yang ada di kerusi penonton mentertawakan aku, mereka melihat badut yang sedang berada di atas pentas, aku tidak dapat berbuat apa-apa.
“ Apa yang terjadi kepada kamu dan yang lain pergi ke mana? Kita tidak akan dapat menjalankan acara muzik ini.”
Aku mengambil kertas dan menulis sesuatu.
“ Cikgu, izinkanlah saya bermain piano ini, saya sudah berjanji pada ayah untuk bermain piano , dia sedang terbaring lemah di hospital, jantungnya sangat lemah hari ini, saya takut keadaan dia akan bertambah buruk bila tahu saya gagal bermain muzik bersama kumpulan muzik di sekolah”
“ Baiklah mainkanlah piano ini, tunjukkan pada dunia bahawa kamu adalah gadis istimewa dengan muzikmu”
“ Terima kasih cikgu.”
Guruku memberikan kata-kata aluan kepada penonton yang terus ketawa kerana melihat badut sepertiku, tapi aku tidak peduli. Dengan kecanggihan 3G, aku menghubungi ayah menggunakan video call dan ayah tersenyum padaku memberikan semangat. Aku meletakkan telefon bimbit itu diatas meja piano.
“Ya Allh, bimbinglah aku supaya semuanya berjalan dengan lancar..”
Setiap lantunan piano mulai memecahkan semua tawa yang awalnya menghujatku, menghinaku, alunan musik ini membawa perjalanan kisahku untuk berjuang menunjukkan pada dunia, aku memang dilahirkan cacat, aku tidak pernah tahu apa ertinya muzik, tidak tahu bagaimana suara burung, suara ayah bahkan tragisnya aku tidak pernah tahu suara yang keluar dari mulutku sendiri.
Tapi aku percaya, aku diciptakan bukan tanpa tujuan dalam dunia ini. Apabila piano itu selesai kumainkan, semua berdiri dan memberikan tepukkan. Aku menangis. Guruku memelukku. Aku ingin guruku menyampaikan pesananku kepada penonton.
“ Terima kasih, kerana memberikan saya peluang untuk berada ditempat ini. Kini saya tahu mengapa saya berbeza, kerana Allah menyayangi saya. Saya tidak akan marah kepada Dania dan rakan-rakannya, saya bersyukur kerana mereka mengajar saya tentang ketekunan dan ikhlas. Termasuklah ayah, yang selalu berkata kepada saya, “kita tidak perlu merasa sedih dengan keadaan kita, bagaimanapun bentuknya. Kerana Allah memberikan kita nafas kehidupan dengan tujuan hidup masing-masing”



Thursday 20 October 2011

DIPLOMA IN PLANTING INDUSTRY MANAGEMENT-AT110-DIPLOMA PENGURUSAN LADANG

Hari ni aku nak cerita sikit pasal jurusan aku kat UiTM. 

Seringkali aku di ajukan dengan persoalan seperti "kenapa memilih jurusan pengurusan ladang?"
Jawapanku mudah "minat"

AT1101A
Untuk sem pertama, aku belajar CTU,BEL,PLANT BIOLOGY,CHEMISTRY,BUSINESS MATHEMATICS,dan PRAKTIKAL DI LADANG(ni yang paling aku suka).. Secara jujurnya,apa yang aku belajar di kelas memang susah. Sebelum ni aku tak ambil biology dan chemistry untuk SPM. Maklumlah jiwa sastra. Jurusan DPIM ni memang tak ada kena mengena dengan subjek SPM aku dulu. Tu yang susah sikit nak faham. Tapi berkat usaha pensyarah aku yang bersusah payah mengajar aku, alhamdulillah aku boleh menguasai pelajaran aku.

RAKAN SEKELAS
Kelas aku ada 21 orang kesemuanya(14 orang lelaki, 7 orang perempuan). Semuanya baik-baik. kadang-kadang terjadi juga perselisihan antara kami,tapi bak kata pepatah "carik-carik bulu ayam,akhirnya bercantum semula".  Di kelas aku belajar berkerjasama, tolong-menolong, hormat-menghormati, dan yang paling penting aku belajar erti persahabatan.

ini adalah sebahagian daripada rakan sekelas aku..








PRAKTIKAL DI LADANG
Haaa..Ini lah yang paaaaaaaaaling aku suka..Tiap-tiap hari jumaat, pelajar part 1,part 3, dan part 4 akan masuk ke ladang.Part 1 menanam sayur(macam-macam jenis sayur), part 3 menanam tembikai, part 4 menanam jagung. Inilah keistimewaan DPIM,belum kerja lagi dah masuk ladang. tak dinafikan praktikal di ladang sememangnya memenatkan.Tapi disini jugalah aku banyak menimba ilmu dan pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan.

gambar-gambar di ladang




(bukan buat kerja sangat pun..banyak bermain..hehehehehe)
gambar2 budak2 klas aku 

"DEDICATED PLANTER'S IN THE MAKING"

CINTAKU PADAMU TANPA SEBAB


Gadis: Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?
Jejaka: Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!
Gadis: Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.
Jejaka: Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!
Gadis: Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata..

Jejaka: Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!
Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.
Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..



“Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara.
Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.
Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya.

“Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati..”

Monday 25 July 2011

Ya Allah, aku JATUH CINTA



Ya Allah..
Yang membolak-balikkan hati kami.. Selama ini aku tidak pernah
tahu bagaimana rasanya bercinta, namun ku berharap, bila cinta hadir
menyapaku, aku tidak akan kehilangan Engkau..

Ya Allah..
Selama ini aku hanya berharap, semoga dapat mencintai orang
yang memiliki cinta luar biasa pada-Mu..

Ya Allah..
Selama ini aku juga berharap, semoga akan dicintai oleh orang
yang dapat mengarahkanku menuju keredhaan-Mu..

Pintaku Ya Allah..
Izinkan aku memiliki rasa ini hingga ia menjadi indah di dada
kami, tanpa menghilangkan rasa cinta kami pada-Mu..



Sunday 29 May 2011

pUJaaN hATikU . . .

Kali ni aku nak cerita pasal lelaki pujaan hati aku..Nama penuh dia Sheikh Hamdan Bin Mohammed Bin Rashid. Tapi biasanya dipanggil Fazza. Aku pun tak pasti kenapa dia dipanggil Fazza..Dia ni berasal dari Dubai dan yang lebih menarik lagi,dia adalah putra Dubai..Kira dia ni keturunan diraja lah..Fazza lahir pada 14 November 1982..Lebih menarik lagi,jejaka pujaan aku ni hebat dalam penghasilan sajak..Dia jadi terkenal disebabakan oleh sajak-sajaknya yang kebanyakkannya berunsur romantik,patriotik,dan tentang keluarganya..(so sweet)..

Tak banyak yang aku tahu tentang Fazza..

Berikut adalah gambar fazza..

Tak boleh nak uoload banyak-banyak..takut ada yang tergoda pulak..




Saturday 28 May 2011

UiTM di hatiku!!

21.05.2011

Tarikh di atas adalah tarikh di mana aku didaftarkan di UiTM Samarahan,Sarawak.Aku mula berangkat dari rumah tepat pada jam 11 pagi..setelah melalui lebih kurang 30 minit perjalanan,akhirnya aku sampai juga di pintu masuk utama UiTM. Setelah sampai di kaunter pendaftaran,aku diberi kunci bilik..Aku ditempatkan di blok 2A tingkat 3 bilik 07..Pada mulanya,aku terpingar-pingar mencari di mana lokasi sebenar bilik aku..Mujur ada seorang pembantu siswa membantu menunjukkan arah bilik dan dia turut membantu membawa barang-barang aku ke bilik..(terima kasih kak ema)..

ASRAMA O ASRAMA
Ini adalah kali pertama aku masuk asrama..Tapi aku taklah sedih sangat bila berjauhan dengan keluarga..Maklumlah umurpun hampir mencecah 18 tahun..Di asrama,aku belajar hidup berdikari.(cuci baju,gosok baju,banyak lagilah)..Memang seronok tinggal di asrama..

TEMAN SEBILIK
Teman sebilik aku semua melayu dan yang pastinya semua perempuan..Satu bilik untuk 4 orang..
Teman yang paling awal aku kenal ialah Rosmalina a.k.a Lina ..Ina berasal dari Kuching Sarawak atau lebih tepat lagi dari taman malihah,matang..
Yang ke-2,Nur Sabrina a.k.a sabrina..sabrina berasal dari Bintulu Sarawak..Dia ni anak manja..Masa nak berpisah dengan mak dia,dia nangis..aku pun rasa macam nak nangis je masa tu..Maklumlah bintulu dengan kuching tu jauh siot..
Terakhir sekali aku kenal dengan Siti Asmah a.k.a asmah..asmah berasal dari kuching sarawak dan menetap di matang jaya..Dia ni aku hormat lebih dari yang lain sebab dia punya pegangan agama kuat..Aku harap dia dapat jadi pembimbing aku.
Ketiga-tiga teman sebilik aku mengikuti pengajian dalam diploma sains..Nampaknya dia orang akan jarang nampak batang hidung aku dan aku pun akan jarang nampak batang hidung dia orang..

MINGGU DISTINI SISWA
Dalam MDS ni aku dapat belajar macam-macam.. Aku belajar hormat orang,berkerjasama,yakin dengan kebolehan sendiri,menghargai orang lain,menyayangi ibu bapa,menjaga kepentingan orang melayu dan BANYAK LAGI!!!!!(tak larat aku nak menaip)

PEMBANTU SISWA
Aku rasa bertuah sangat sebab dapat pembantu siswa yang baik-baik semuanya..Apa-apapun, aku nak ucapkan terima kasih kepada dia orang..TERIMA KASIH ABANG-ABANG DAN KAKAK-KAKAK PM!!!!! love u all..sumpah aku sayang korang..

Aku rasa ni je lah yang mampu aku ceritakan..Tak larat aku nak menaip..

Lagu UiTM di hatiku:




Lagu Wawasan setia warga UiTM:


UiTM DI HATIKU!!!!!!
yeaaaaaa!!!!!!!!